Wednesday, 13 August 2014

KERAJAAN JOHOR

BAB 1: SEJARAH AWAL NEGARA
      1.1.2: KERAJAAN JOHOR
      PENSYARAH: EN. BADRUL 
      KUMPULAN 2 (DAT 1A)
AHLI KUMPULAN: BIEHA, IKA, ECAH, LINA, YANA
     
  
       KERAJAAN JOHOR

-Legasi sesebuah kesultanan itu tidak boleh dianggap hapus selagi rajanya masih hidup.
-Melaka ditawan Portugis, namun sultan yang berundur membawa kedaulatan kerajaan pada ‘tubuh’nya.Dengan cara ini sultan tersebut mendirikan kerajaan baharu di mana-mana lokasi atau negeri yang difikirkan berpotensi untuk dibangunkan.
             PENGASASAN  
     KERAJAAN  JOHOR

ØApabila isteri Sultan Mahmud( Raja Fatimah ) selamat melahirkan seorang putera bernama Raja Ali, kedudukan Raja Muzaffar telah dirampas.
ØAtas permintaan Raja Fatimah, Sultan Mahmud telah menabalkan Raja Ali sebagai ‘Sultan Muda’.
ØSultan Mahmud bersemayan di Bentan hampir 13 tahun, dalam tempoh tersebut beberapa kali Portugis menyerang Bentan antara tahun 1521,1523 dan 1524.
ØSultan Mahmud tidak berjaya mendirikan kerajaanyang tetap dan kukuh di Bentan. Kemundian baginda berundur ke Kampar, Sumatera apabila telah diserang Portugis Oktober 1526.

ØDi Kampar baginda bersemaya di Istana Kampar, milik saudara baginda, Almarhum Sultan Munawar Syah dan menerajui pemerintahan di Kampar.
ØRaja Ali ditabalkan sebagai pengganti Sultan Mahmud dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah.
ØRaja Muzaffar yang disingkirkan sebelum ini telah membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Syah (hingga tahun 1549).
ØSultan Alauddin berpindah ke pahang dan mengahwini puteri Pahang, Puteri Kesuma Dewi.
ØKemundian baginda pindah pula ke Johor dan membuka petempatan yang tetap pada tahun 1528 di Hujung Tanah.
Digelar sebagai Sultan Alauddn Riayat Syah yang pertama


    PEMERINTAHAN
           JOHOR

1.SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH
2.SULTAN MUZAFFAR SYAH
3.SULTAN ABDUL JALIL SYAH
4.SULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL SYAH II(RAJA UMAR)
5.SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH II(RAJA MANSUR)
6.SULTAN ABDULLAH MUAYAT SYAH(RAJA
  SEBERANG)
7.SULTAN ABDUL JALIL SYAH III(RAJA BUJANG)
8.SULTAN IBRAHIM SYAH
9.SULTAN MAHMUD SYAH

 
 
         PUSAT 
   PENTADBIRAN

1685-1699
-Pada tahun 1528-1721,pusat pentadbiran kerajaan johor sentiasa berpindah-pindah kerana berlaku serangan Portigis dan Aceh,serta berlaku pergantian sultan.
-Pada tahun 1528 pusat pentadbiran kerajaan Johor diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah di Hulu Sungai telor,tahun 1535 berpindah ke Sayong dan tahun 1540 ke Johor Lama.Sultan Muzaffar Syah memindahkan pusat pentadbiran ke Kota Seluyut.Pusat pentadbiran dipindahkan ke Tanah Puteh oleh Sultan Ali dan kembali ke Johor Lama di Batu Sawar,akhirnya,tahun 1608 berpinda ke Pasir Raja
-Pada tahun 1623,Sultan Abdullah Muayat Syah berpindah ke Lingga apabila diserang oleh Aceh,baginda berundur  ke Pulau Tambelan dan mangkat,pengganti baginda Sultan Abdul Jalil Syah mendirikan Kota di Batu Sawar semula tetapi berpindah ke Pahang pada 1673 apabila Johor tewas di serang Jambi.
-Baginda mangkat  pada 1677,Sultan Ibrahim mendirikan kota di Pulau Bentan.Pengganti baginda Sultan Mahmud telah dibawa bendahara ke Kota Tinggi pada 1688 dan membagunkan kotanya di sana.
-Sultan Mahmud di Kota Tinggi pada 1699,setelah dibunuh oleh Laksamana Megat Seri Rama dan baginda digelar Marhum Mangkat Dijulang.

-Pada 1718,kerajaan Johor diserang dan ditawan oleh Raja Kecil dari
Siak.Beliau menabalkan dirinya sebagai Sultan Johor yang baharu bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah.Baginda memindahkan pusat pentadbiran dari Panchur ke Riau di Pulau Bentan.
          
-Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah berjaya dikalahkan oleh  Raja        Sulaiman.pada 1722,Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah  dan bersemayam di Pulau Bentan


           PENTADBIRAN    KERAJAAN  JOHOR HINGGA          TAHUN 1718
-Kerajaan Johor diasaskan oleh warisan daripada Kerajaan Melayu Melaka dan telah mewarisi sistem serta bentuk pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka.
-Pentadbiran pada peringkat pusat dan kedudukan tertinggi kerajaan adalah sultan yang dibantu oleh pembesar-pembesar utama seperti Bendahara,Temenggung ,Raja Indera Bongsu (Penghulu Bendahari),Laksamana dan Syahbandar.
-Jawatan lain seperti Seri Bija Diraja,Seri Perdana Menteri,Seri Nara Diraja dan Seri Amar Diraja di samping pembesar-pembesar agama seperti kadi dan imam.
 -Bendahara ialah orang yang berkuasa selepas sultan.Ketika pemerintahan Sultan Ibrahim(1677-1685)dan Sultan Mahmud(1685-1699).Laksamana Tun Abdul Jamil lebih menonjol.Kejayaan Laksamana Tun Abdul Jamil menewaskan Jambi mengembalikan maruah Johor menyebabkan Sultan Ibrahim menganugerahkan gelaran Paduka Raja kepada beliau.Gelaran tersebut hanya boleh disandang oleh Bendahara-
-Kekuasaan keluarga Laksamana Tun Abdul Jamil akhirnya telah menimbulkan persaingan dengan keluarga Bendahara Tun Habib Abdul Majid.Akibat konflik ,Laksamana Tun Abdul Jamil terpaksa berundur ke Terengganu dan dibunuh pada tahun 1688 atas arahan Bendahara Tun Habib
-Dalam struktur pentadbiran kerajaan Johor lama dan dibawah kekuasaan sultan,berdiri kumpulan menteri yang berperanan meneguhkan lagi institusi Kesultanan Johor.Terdapat unit Orang Kaya.Dalam kelompok inilah wujudnya gelaran-gelaran seperti Dato’Bendahara,Paduka Raja,Tuan Pikrama,Laksamana,Temenggung,Sri Bija Diraja,Sri Nara Diraja,Sri Bija Wangsa,Paduka Seri Maharaja,Seri Pikrama Raja,Sri Mahawangsa dan Maharaja Indera Denda.
-Pentadbiran pada peringkat  jajahan terdapat dua kategori iaitu jajahan di Tanah Melayu,dan jajahan di Sumatera.
-Negeri-negeri yang taat setia kepada Melaka dahulu mengubah taat setia mereka kepada Kesultanan  Johor.Fenomena ini mengukuhkan lagi kerajaan Johor.
  
 PENTADBIRAN KERAJAAN                      JOHOR
           1721-1819

Selepas tahun 1721,pusat pentadbiran kerajaan Johor tidak lagi berpindah dengan kerap.Antara tahun 1722-1819,Riau menjadi pusat pentadbiran kerajaan Johor.*
Antara tahun 1718-1721,takhta kerajaan Johor telah diduduki oleh seorang putera raja dari Siak bernama Raja Kecil.Beliau mendakwa dirinya sebagai waris Sultan Mahmud Johor(1685-1699)yang sah.Setelah menggulingkan Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV yang bertakhta pada waktu itu,Raja Kecil mengangkat dirimya sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat SyahDengan bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara (Daeng Perani ,Daeng Marewah,Daeng Menambun,Daeng Chelak dan Daeng Kemasi) ,Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah (Raja Kecil) berjaya ditumpaskan lalu membolehkan Raja Sulaiman ,iaitu putera Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV menjadi Sultan Johor ke-12 dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.
*Yamtuan Muda telah mengubah struktur kuasa kerajaan Johor yang dikhaskan kepada keluarga Bugis kerana mengenang jasa mereka.Selepas tahun 1722,Hierarki status pentadbiran memperlihatkan bertambahnya dua orang lagi individu yang berkuasa dalam kerajaan Johor,iaitu Yamtuan Muda dan jawatan yang dipegang oleh orang Bugis iaitu Raja Tua.*Pembesar Melayu terdiri daripada Bendahara,Temenggung,Raja Indear Bongsu,dan Laksamana sementara pembesar daripda suku Bugis ialah Yamtuan Muda,Raja Tua,Datuk Suliwatan dan Datuk Penggawa
*Selepas tahun 1819,suatu perubahan besar telah berlaku dalam politik Johor apabila Tengku Husin ditabalkan sebagai Sultan Singapura pada 16 Februari 1819 oleh Stamford Raffles.Selepas tempoh ini,politik Johor lebih banyak dipengaruhi oleh kepentingan British.
*Jemaah Pembesar Negeri (Orang Kaya) yang selama ini dipegang oleh suku Melayu seperti Bendahara ,Temenggung dan Laksamana walaupun masih wujud sudah tidak mempunyai kuasa yang luas dan kurang pengaruh terhadap pemerintahan negeri.Keseluruhannya,terdapat lapan orang menteri utama atau pembesar kerajaan yang terdiri daripada empat orang berketurunan Melayu dan empat orang berketurunan Bugis.
       
         PERDAGANGAN DI 
                   JOHOR

-Johor muncul sebagai pusat perdagangan yang penting pada abad ke-17.
-—Kemampuan tapak-tapak pelabuhan Johor muncul sebagai pelabuhan antarabangsa dipengaruhi oleh beberapa faktor

  KEDUDUKAN STRATEGIK

-Tapak ibu kota Johor yang terletak di sepanjang Sungai Johor merupakan kawasan yang strategik bagi persinggahan pedagang-pedagang dari Timur dan Barat. 
-Sungai Johor sungai yang paling selatan di Semenanjung Tanah Melayu dan tempat pertembungan angin monsun dan terlindung daripada angin kencang

        SUNGAI YANG LEBAR
-Membolehkan kapal-kapal besar dalam tempoh ini mampu mudik sehingga jauh ke pedalaman terutama ketika air pasang.
      -Ibu kota Johor lama muncul sebagai pelabuhan entrepot antarabangsa sehingga menyaingi pelabuhan Aceh dan Melaka

     KEMUDAHAN GUDANG DAN   SISTEM PERDAGANGAN YANG
                   TERSUSUN  

-Menghasilkan bahan dagangan daripada hasil bumi sendiri, namun pelabuhannya
tetap menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang dari Timur dan Barat.
-Pada tahun 1706M, Johor telah membuka tiga buah bengkel membaiki kapal.
-Kemudahan lain yang disediakan di pelabuhan adalah seperti (Gudang di bawah tanah untuk mengelakkan sebarang bahaya dan bencana alam).

    BARANG DAGANGAN LUAR

-Johor banyak bergantung kepada barang-barang dagangan seperti di Sungai Klang, Sungai Penangi(Kuala Linggi), Sungai Siak, Sungai Kampar, Bengkalis, Ungaran, pulau-pulau Karimun dan pulau-pulau di sekitar Singapura.
-Kawasan-kawasan lain juga berminat berdagang dengan Johor atas faktor ekonomi contoh Siam dan Johor.
-Pelabuhan Johor berjaya membekalkan kain-kain dengan corak terbaru dengan harga yang murah.

-Diperdagangkan hasil emas, kayu gaharu, sarang burung, gading, kapur barus, bijih timah, rotan, lilin, tembaga, sutera, tembikar dan candu
      
       PERANAN ORANG LAUT          
-Bidang ketenteraan, pendayung dan pembawa utusan raja meronda di perairan Johor dan menguatkuasakan sistem kawalan Belanda.

     PERSAHABATAN DENGAN 
                BELANDA
-Pelabuhan Johor mendapat faedah yang besar melalui persahabatan mereka dengan Belanda (terutama apabila mereka membantu Belanda mengusir Portugis dari Melaka)
-Johor mendapat perlindungan keselamatan daripada Belanda.
      PELABUHAN ENTREPOT
-Menguruskan barang dagangan dari seluruh pelusuk dunia.
       -Catatan China mengatakan pelabuhan Panchur pernah didatangi oleh lapan-sepulu buah tongkang China sepiap tahun.
-Barang dagangan di Johor ialah emas, kayu gaharu dan sarung burung. 
-Barang eksport dari pelabuhannya ke pelabuhan Betawi, contoh hamba abdi, sagu, minyak, beras dan ikan.
      -Penulis China yang popular bernama Chi’ng Chow Tung Tie catat pada tahun 1730M, masih terdapat pedangang China di Johor

      -Sungai Johor di ambil alih oleh pelabuhan Riau. Pelabuhan ini menguruskan perdagangan timah dan kain. 

     -Pelabuhan Riau menjadi pasaran utama pengeluaran lada hitam dari Jambi dan emas dari Inderagiri  

     -Jawatan syahbandar tercatat dalam kitab Thamaratul Matlub Fi Anuaril Qulub.



     -Kitab ini mencatatkan jawatan syahbandar adalah antar empat orang menteri utama di Johor .
Antara tugas-tugas Syahbandar ialah :
  •      Menguruskan cukai
  •       Menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal
  •       Menguruskan gudang
  •       Menguruskan pasar
  •       Menjaga kebajikan pedagan
  •       Menjaga keselamatan pedagang
  •       Menjadi hakim di pelabuhan
  -Perdagangan Johor di bawah satu sisitem naungan( menonjol pada zaman penguasaan Laksamana Tun Abdul Jamil di Johor ).
   -Seorang pedagang dari luar atau dalam Johor mendapat naungan daripada seorang individu yang berkuasa dalam kerajaan.
    -Contoh Bendahara, Temenggung dan Laksamana.
  -Pembesar terbabit dapat imbuhan sebagai penaung berupa peratusan tertentu keuntungan perdagangan dan bertanggungjawab sediakan kemudahan naungan.
    -Contoh jaminan perlindungan ke atas pedagang daripada peraih-peraih hutang dan penjenayah.
   -Pembesar yang sangat popular oleh kerana sisitem naungan ialah Laksamana Paduka Raja Tun Abdul Jamil.  
  -Catatan orang Belanda pada tahun 1687 Laksaman Paduka Raja Tun Abdul Jamil menaung paling ramai pedagang.
 -Peroleh paling banyak keuntungan dan mengenakan bayaran sejumlah 25% daripada keuntungan.
   -Keseluruhannya, Johor pusat dagangan paling masyhur pada abad ke-17 dan pusat penyebaran islam   
   -Kesultanan Johor terus kekal hingga ke hari ini walaupun mengalami beberapa kali pertukaran dan sekarang dipegang oleh keluarga Temenggung

                SEKIAN TERIMA KASIH