BAB 1: SEJARAH AWAL NEGARA
1.1.2: KERAJAAN JOHOR
PENSYARAH: EN. BADRUL
KUMPULAN 2 (DAT 1A)
AHLI KUMPULAN: BIEHA, IKA, ECAH,
LINA, YANA
KERAJAAN JOHOR
-Legasi sesebuah kesultanan itu tidak boleh dianggap hapus selagi rajanya masih hidup.
-Melaka
ditawan Portugis,
namun sultan yang berundur membawa kedaulatan kerajaan pada ‘tubuh’nya.Dengan cara
ini sultan tersebut mendirikan kerajaan baharu di mana-mana lokasi atau negeri
yang difikirkan berpotensi untuk dibangunkan.
PENGASASAN
KERAJAAN JOHOR
ØApabila isteri Sultan Mahmud( Raja
Fatimah ) selamat melahirkan seorang putera bernama Raja Ali, kedudukan Raja Muzaffar telah dirampas.
ØAtas permintaan Raja Fatimah, Sultan Mahmud telah menabalkan Raja
Ali sebagai
‘Sultan Muda’.
ØSultan Mahmud bersemayan di Bentan hampir 13 tahun, dalam tempoh tersebut beberapa kali
Portugis menyerang Bentan antara tahun
1521,1523 dan
1524.
ØSultan Mahmud tidak berjaya mendirikan kerajaanyang tetap dan kukuh di Bentan. Kemundian baginda berundur ke
Kampar, Sumatera apabila telah diserang Portugis Oktober
1526.
ØDi Kampar baginda bersemaya di Istana Kampar, milik saudara baginda, Almarhum
Sultan Munawar Syah dan menerajui pemerintahan di
Kampar.
ØRaja Ali ditabalkan sebagai pengganti Sultan Mahmud dengan gelaran
Sultan Alauddin Riayat Syah.
ØRaja Muzaffar yang disingkirkan sebelum ini telah membawa diri ke
Perak dan ditabalkan sebagai
Sultan Perak yang pertama bergelar
Sultan Muzaffar Syah (hingga tahun
1549).
ØSultan Alauddin berpindah ke pahang dan mengahwini puteri Pahang, Puteri Kesuma Dewi.
ØKemundian baginda pindah pula ke Johor dan membuka petempatan yang tetap pada tahun 1528 di Hujung Tanah.
PEMERINTAHAN
JOHOR
1.SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH
2.SULTAN MUZAFFAR SYAH
3.SULTAN ABDUL JALIL SYAH
4.SULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL SYAH II(RAJA UMAR)
5.SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH II(RAJA MANSUR)
6.SULTAN ABDULLAH MUAYAT SYAH(RAJA
SEBERANG)
7.SULTAN ABDUL JALIL SYAH III(RAJA BUJANG)
8.SULTAN IBRAHIM SYAH
9.SULTAN MAHMUD SYAH
JOHOR
1.SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH
2.SULTAN MUZAFFAR SYAH
3.SULTAN ABDUL JALIL SYAH
4.SULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL SYAH II(RAJA UMAR)
5.SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH II(RAJA MANSUR)
6.SULTAN ABDULLAH MUAYAT SYAH(RAJA
SEBERANG)
7.SULTAN ABDUL JALIL SYAH III(RAJA BUJANG)
8.SULTAN IBRAHIM SYAH
9.SULTAN MAHMUD SYAH
PUSAT PENTADBIRAN |
1685-1699
|
-Pada
tahun 1528-1721,pusat
pentadbiran kerajaan johor
sentiasa berpindah-pindah kerana berlaku serangan Portigis dan Aceh,serta
berlaku pergantian sultan.
-Pada
tahun 1528 pusat
pentadbiran kerajaan Johor diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah di Hulu Sungai telor,tahun 1535
berpindah ke Sayong dan
tahun 1540 ke
Johor Lama.Sultan Muzaffar Syah
memindahkan pusat pentadbiran ke Kota Seluyut.Pusat
pentadbiran dipindahkan ke Tanah Puteh oleh Sultan Ali dan kembali ke Johor
Lama di Batu Sawar,akhirnya,tahun 1608 berpinda ke
Pasir Raja
-Pada
tahun 1623,Sultan
Abdullah Muayat Syah
berpindah ke Lingga apabila diserang oleh Aceh,baginda
berundur ke Pulau Tambelan dan mangkat,pengganti
baginda Sultan Abdul Jalil Syah mendirikan Kota di Batu Sawar semula tetapi
berpindah ke Pahang pada 1673
apabila Johor tewas di serang Jambi.
-Baginda
mangkat pada 1677,Sultan
Ibrahim mendirikan kota di Pulau Bentan.Pengganti
baginda Sultan Mahmud telah dibawa bendahara ke Kota Tinggi pada 1688 dan membagunkan
kotanya di sana.
-Sultan Mahmud di Kota Tinggi pada 1699,setelah dibunuh oleh Laksamana Megat Seri Rama dan baginda digelar Marhum Mangkat Dijulang.
-Pada 1718,kerajaan Johor diserang dan ditawan oleh Raja Kecil dari
Siak.Beliau menabalkan dirinya sebagai Sultan Johor yang baharu bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah.Baginda memindahkan pusat pentadbiran dari Panchur ke Riau di Pulau Bentan.
-Sultan Mahmud di Kota Tinggi pada 1699,setelah dibunuh oleh Laksamana Megat Seri Rama dan baginda digelar Marhum Mangkat Dijulang.
-Pada 1718,kerajaan Johor diserang dan ditawan oleh Raja Kecil dari
Siak.Beliau menabalkan dirinya sebagai Sultan Johor yang baharu bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah.Baginda memindahkan pusat pentadbiran dari Panchur ke Riau di Pulau Bentan.
-Sultan
Abdul Jalil Rahmat Syah berjaya dikalahkan oleh
Raja Sulaiman.pada 1722,Raja Sulaiman
ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam
Syah dan bersemayam di Pulau Bentan
PENTADBIRAN KERAJAAN JOHOR HINGGA TAHUN 1718
-Kerajaan Johor diasaskan oleh warisan daripada Kerajaan Melayu Melaka dan telah mewarisi sistem serta bentuk pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka.
-Pentadbiran
pada peringkat pusat dan kedudukan tertinggi kerajaan adalah sultan yang
dibantu oleh pembesar-pembesar utama seperti Bendahara,Temenggung
,Raja Indera Bongsu (Penghulu Bendahari),Laksamana dan Syahbandar.
-Jawatan lain
seperti Seri
Bija Diraja,Seri Perdana Menteri,Seri Nara
Diraja dan Seri
Amar Diraja di samping pembesar-pembesar
agama seperti kadi dan
imam.
-Bendahara ialah orang yang
berkuasa selepas sultan.Ketika pemerintahan
Sultan Ibrahim(1677-1685)dan
Sultan Mahmud(1685-1699).Laksamana Tun
Abdul Jamil lebih menonjol.Kejayaan Laksamana Tun
Abdul Jamil menewaskan
Jambi mengembalikan maruah
Johor menyebabkan
Sultan Ibrahim menganugerahkan gelaran Paduka Raja
kepada beliau.Gelaran tersebut hanya boleh disandang oleh Bendahara-
-Kekuasaan keluarga Laksamana Tun Abdul Jamil akhirnya telah menimbulkan persaingan dengan keluarga Bendahara Tun Habib Abdul Majid.Akibat konflik ,Laksamana Tun Abdul Jamil terpaksa berundur ke Terengganu dan dibunuh pada tahun 1688 atas arahan Bendahara Tun Habib
-Kekuasaan keluarga Laksamana Tun Abdul Jamil akhirnya telah menimbulkan persaingan dengan keluarga Bendahara Tun Habib Abdul Majid.Akibat konflik ,Laksamana Tun Abdul Jamil terpaksa berundur ke Terengganu dan dibunuh pada tahun 1688 atas arahan Bendahara Tun Habib
-Dalam struktur pentadbiran kerajaan
Johor lama dan dibawah kekuasaan sultan,berdiri kumpulan menteri yang
berperanan meneguhkan lagi institusi Kesultanan Johor.Terdapat unit
Orang Kaya.Dalam kelompok inilah wujudnya gelaran-gelaran seperti Dato’Bendahara,Paduka Raja,Tuan Pikrama,Laksamana,Temenggung,Sri Bija Diraja,Sri Nara
Diraja,Sri Bija Wangsa,Paduka Seri
Maharaja,Seri Pikrama Raja,Sri Mahawangsa dan
Maharaja Indera Denda.
-Pentadbiran pada peringkat jajahan terdapat dua kategori iaitu jajahan di Tanah Melayu,dan jajahan di Sumatera.
-Negeri-negeri yang
taat setia kepada
Melaka dahulu mengubah taat setia mereka kepada Kesultanan Johor.Fenomena ini mengukuhkan lagi kerajaan
Johor.
PENTADBIRAN KERAJAAN JOHOR
1721-1819
Selepas
tahun 1721,pusat pentadbiran kerajaan Johor tidak lagi berpindah dengan kerap.Antara tahun
1722-1819,Riau menjadi pusat pentadbiran kerajaan
Johor.
Antara tahun
1718-1721,takhta kerajaan
Johor telah diduduki oleh seorang putera raja
dari Siak bernama Raja
Kecil.Beliau mendakwa dirinya sebagai waris
Sultan Mahmud Johor(1685-1699)yang sah.Setelah menggulingkan
Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV
yang bertakhta pada waktu itu,Raja
Kecil mengangkat dirimya sebagai
Sultan Johor dengan gelaran
Sultan Abdul Jalil Rahmat SyahDengan
bantuan Opu Bugis Lima
Bersaudara (Daeng Perani ,Daeng Marewah,Daeng Menambun,Daeng Chelak dan Daeng Kemasi)
,Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah
(Raja Kecil) berjaya ditumpaskan lalu membolehkan Raja
Sulaiman ,iaitu putera
Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV menjadi
Sultan Johor ke-12 dengan gelaran
Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.
PERDAGANGAN DI
JOHOR
-Johor muncul sebagai pusat perdagangan yang penting pada abad ke-17.
-Kemampuan tapak-tapak pelabuhan Johor muncul sebagai pelabuhan antarabangsa dipengaruhi oleh beberapa faktor
KEDUDUKAN STRATEGIK
-Tapak
ibu kota Johor yang terletak di sepanjang Sungai Johor merupakan kawasan yang
strategik bagi persinggahan pedagang-pedagang dari Timur dan Barat.
-Sungai
Johor sungai yang paling selatan di Semenanjung Tanah Melayu dan tempat
pertembungan angin monsun dan terlindung daripada angin kencang
SUNGAI YANG LEBAR
-Membolehkan
kapal-kapal besar dalam tempoh ini mampu mudik sehingga jauh ke pedalaman
terutama ketika air pasang.
-Ibu
kota Johor lama muncul sebagai pelabuhan entrepot antarabangsa sehingga
menyaingi pelabuhan Aceh dan Melaka
KEMUDAHAN GUDANG DAN SISTEM PERDAGANGAN YANG
TERSUSUN
-Menghasilkan
bahan dagangan daripada hasil bumi sendiri, namun pelabuhannya
tetap menjadi
tempat tumpuan pedagang-pedagang dari Timur dan Barat.
-Pada
tahun 1706M, Johor telah membuka tiga buah bengkel membaiki kapal.
-Kemudahan
lain yang disediakan di pelabuhan adalah seperti (Gudang di bawah tanah untuk
mengelakkan sebarang bahaya dan bencana alam).
BARANG DAGANGAN LUAR
-Johor banyak bergantung kepada barang-barang dagangan seperti di
Sungai Klang,
Sungai Penangi(Kuala
Linggi),
Sungai Siak,
Sungai Kampar, Bengkalis, Ungaran, pulau-pulau Karimun dan pulau-pulau di sekitar Singapura.
-Kawasan-kawasan lain
juga berminat berdagang dengan
Johor atas faktor ekonomi contoh Siam
dan
Johor.
-Pelabuhan Johor berjaya membekalkan kain-kain dengan corak terbaru dengan harga yang murah.
-Diperdagangkan hasil emas, kayu gaharu, sarang burung, gading, kapur barus, bijih timah, rotan, lilin, tembaga, sutera, tembikar dan candu
PERANAN ORANG LAUT
-Bidang
ketenteraan, pendayung dan pembawa utusan raja meronda di perairan Johor dan
menguatkuasakan sistem kawalan Belanda.
PERSAHABATAN DENGAN
BELANDA
-Pelabuhan
Johor mendapat faedah yang besar melalui persahabatan mereka dengan Belanda
(terutama apabila mereka membantu Belanda mengusir Portugis dari
Melaka)
-Johor
mendapat perlindungan keselamatan daripada Belanda.
PELABUHAN ENTREPOT
-Menguruskan barang dagangan dari seluruh pelusuk dunia.
-Catatan China mengatakan pelabuhan Panchur pernah didatangi oleh lapan-sepulu buah tongkang
China sepiap tahun.
-Barang dagangan di Johor ialah emas, kayu gaharu dan sarung burung.
-Barang eksport dari pelabuhannya ke pelabuhan Betawi, contoh hamba abdi, sagu, minyak, beras dan ikan.
-Penulis China yang popular bernama Chi’ng Chow
Tung Tie catat pada tahun
1730M, masih terdapat pedangang
China di
Johor
-Sungai Johor di ambil alih oleh pelabuhan
Riau. Pelabuhan ini menguruskan perdagangan timah dan kain.
-Pelabuhan Riau
menjadi pasaran utama pengeluaran lada hitam dari
Jambi dan emas dari Inderagiri
-Jawatan syahbandar tercatat dalam kitab Thamaratul Matlub Fi Anuaril Qulub.
-Kitab ini mencatatkan jawatan syahbandar adalah antar empat orang menteri utama di Johor .
Antara tugas-tugas Syahbandar ialah
:
- Menguruskan cukai
- Menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal
- Menguruskan gudang
- Menguruskan pasar
- Menjaga kebajikan pedagan
- Menjaga keselamatan pedagang
- Menjadi hakim di pelabuhan
-Perdagangan Johor di bawah satu sisitem naungan( menonjol pada zaman penguasaan Laksamana Tun
Abdul Jamil di
Johor ).
-Seorang pedagang dari luar atau dalam Johor mendapat naungan daripada seorang individu yang berkuasa dalam kerajaan.
-Contoh Bendahara, Temenggung dan Laksamana.
-Pembesar terbabit dapat imbuhan sebagai
penaung berupa peratusan tertentu keuntungan perdagangan dan bertanggungjawab
sediakan kemudahan naungan.
-Contoh jaminan perlindungan ke atas
pedagang daripada peraih-peraih hutang dan penjenayah.
-Pembesar yang sangat popular oleh kerana sisitem naungan ialah Laksamana Paduka Raja
Tun
Abdul Jamil.
-Catatan orang Belanda pada tahun 1687 Laksaman Paduka Raja Tun Abdul Jamil menaung paling ramai pedagang.
-Peroleh paling banyak keuntungan dan mengenakan bayaran sejumlah 25% daripada keuntungan.
-Keseluruhannya, Johor pusat
dagangan paling masyhur pada abad ke-17 dan pusat penyebaran islam
-Kesultanan Johor terus kekal
hingga ke hari ini walaupun mengalami beberapa kali pertukaran dan sekarang
dipegang oleh keluarga Temenggung
No comments:
Post a Comment